Monday, December 28, 2009

RaNgKuMAn CuTi2 AkU...

Rabu, 23/12/2009:

Tiket bas pukul 11 pagi, naik bas transnasional. Dalam bas macam biasa tidoq laaaa..Sampai B'worth dalam pukul 3 lebih..Then naik bas 52 turun Pokok Sena laaaa...Abah mai fetch kat depan..Sampai umah makan,solat dan rehat..aktiviti malam hanya di rumah sahaja..

Khamis, 24/12/2009:

Hari yang menyedihkan bagi aku sebab dapat tau kakak angkat aku meninggal sebab antibodi lemah..Patut la jumpa time raya macam ada yang tak kena..redha je la..Takziah to Diyana and family..sempat menjengah dari luaq je..

Petang, abah ajak pi amik kereta Exora kat Pacific..kereta kakak aku warna putih..lawa la jugak..check and belajaq apa yang patut then abah bawa kereta pi sumwhere...aku,hani and mirul balik naik kereta waja and terus ke Tesco Seberang Jaya. Belanja pakaian sekolah mirul dan belanja barang sket..Beli KFC then balik rumah..Aktiviti malam hanya di rumah saja..rehat dan tidoq awai..

Jumaat, 25/12/2009:

Krismas la pulak..Teringat ada keje opis nak kena siapkan..Komputer kat rumah tak leh on sebab over volt after tekan suis..so, untuk elakkan sebarang kejadian yang tak diingini, aku ambil keputusan pi umah Amin kat Sungai Dua buat gheja kat sana..Sempat update celcom credit card charges untuk bulan september ja..then aku dah malas..hahaha...solat jumaat ngan amin then bersiap bertolak ke Penang dengan Amin dan Kak cik..

Mula2 sampai Bukit Bendera, then kekecewaan melanda sebab tiket dijual untuk pukul 6.30 ptg nyer..hampeh tul laaa..so capture picture kat depan tu ja..Beli baju then bertolak terus ke Padang Kota Lama...Makan mee sotong + coconut shake...Bara sebab tunggu mee goreng siap hampir setengah jam..sungguh hare..sabaq2..Kak Cik makan ais kacang, sekali Amin yang abiskan..Kojaq tul..hahahaha..Pastu bertolak ke Jusco Perda singgah Courts, Kak Cik nak tgk laptop..Kekecewaan melanda sekali lagi sebab great promotion bulan 3 tahun depan..hangin satu badan..Aku pi buat redemption barang kat customer service..redeem 2 barang, abis 3500 points dalam kad jusco..

Malam pas maghrib bertolak ke Pacific ngan Amin dan Kak Cik sebab nak main boling ngan geng2 - Fik, Pian, Con, Nae, Jamal, Pak Chad dan Pak Lan..Naik Exora, yayyyyyy, best gila drive kereta baru..hahaha..sampai2 tgk2 bowling ada event pulak..hampeh tul..decide main kat Summit, BM..Main 2 games...leading untuk 2nd game..hahaha..160++ jatuhan pin..good..Balik pukul 11 lebih, makan2, solat dan tidoqqqqqqq...

Sabtu, 26/12/2009:

Teringat dah 5 tahun kejadian tsunami berlalu..aku teringat balik time tsunami jadi tu, aku ngan kawan2 biasiswa TM ada program kat Melaka..Pagi tu angin kuat gila babeng sampai nak terjatuh..tak sangka pulak angin kuat tu petanda tsunami nak mai..huhu..

Pi Kepala Batas ngan Amin dan Kak Cik cari kuah rojak Mak Bee dan rempah kari...singgah kedai mamak kat Bertam pelahap roti teluq dan roti sardin..After Zohor, ikut abah attend 2 kenduri...Petang after asar attend kenduri dengan family kat Sungai Petani...Kenyang sebab asyik kedarah ja hari ni...Malam pas maghrib bertolak ke umah Fik, fetch him dan teruih ke Summit, BM...Planning ngan tok wan aka tayar soton..hahaha..wife dia ada sekali tapi sporting ja..main 2 games, dua2 aku leading..hahahahaha...pastu bergerak ke Subaidah, makan2...then balik umah dalam pukul 12 tgh malam...solat dan tidoqqqqqq...

Ahad, 27/12/2009:

Packing barang and all that...suh mak masak gulai ikan guna rempah campuq yang beli semalam kat Kepala Batas tu..hahaha..sedappppp!!!!belajaq masak jugak..hahaha..after zohor, nak bertolak dahh..aku sedih sebab mak aku macam berat ja nak berpisah ngan cucu2 dia..aku teriak jugak...huaaaaaaaa...tgh drive pun duk teriak lagi...huhu..sedih..drive sampai simpang pulai, isi minyak dan abah ganti drive pulak sampai masuk KL..sampai KL pukui 7.30 malam, lepak2 kat umah kakak dulu, makan2 then abah hantaq sampai stesen LRT Taman Bahagia..sampai umah pukul 10 malam..solat,mandi,update FB sat then tidoqqqqq...esok dah ghejaaaaa... :-(







Wednesday, December 16, 2009

.:12 BARISAN MANUSIA MENUJU KE AKHIRAT:.

Barisan pertama: Diiringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki.Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt : "mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka, mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan di dunia maupun di akhirat". Firman Allah "aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku (yg menunjukkan kekuasaan ku), itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka"

Barisan ke-2: Diiringi dari kubur dlm bentuk babi hutan. Datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup, sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk". Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat, maka diletakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu

Barisan ke-3: Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking."Mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka"

Barisan ke-4: Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal".

Barisan ke-5: Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkaiKetika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. Inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6: Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badanMereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7: Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut Mereka-mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran

Barisan ke-8:Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala ke bawah & kaki ke atasMereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka"

Barisan ke-9:Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruhMereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya

Barisan ke-10: Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kustaMereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11: Diiringi dari kubur dlm keadaan buta, gigi panjang seperti tanduk lembu jantan bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12: Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama, mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah swt."

Monday, December 7, 2009

.:IsNiN YaNg MeMeNAtKaN:.

Bangun sahur pukul 5, makan nasi dan bancuh nescafe o suam..tak tidoq dah lepas tu, pukul 6 mandi, solat dan bersiap..today bertolak awal ke opis pukul 6.45 pagi..hahaha..sampai opis tepat pukul 7.

Dekat opis, ada certain issue yang agak memeningkan aku bersama kawan2 (ecah, qayya dan mas)..kita selalu fikir masalah org tapi kita tak fikir masalah kita..tu la yang terjadi dekat opis..suka sgt jaga kepentingan orang sampai diri sendiri yang merana..konflik dalam membuat keputusan..kesian macammana sekalipun seandainya attitude masih teruk, tak menjamin apa2 sebenarnya..hanya kemarahan serta nafsu amarah yang menghantui diri...emmm,ntah la..susah nak buat keputusan drastik tatkala pihak tertentu force kita untuk buat keputusan..

Back to kehidupan sebenar, tgh hari hampir2 nak berbuka puasa sebab perut mula meragam..pedih dan sebagainya..lagi2 kawan tgh makan depan aku...tak tahan sungguh..hahaha...aku kuat jugak la menahan diri and aku ambil keputusan untuk tidoq sat..tidoq pukul 1 dan bangun pukul 1.50..tu pun ngantuk lagi...hare2, cabaran menduga sungguh..petang sket pi TMPoint kat bawah bayaq bil astro and terus naik atas solat zohor..sambung buat gheja sampai 5.30 ptg..singgah secret recepi beli kek marble cheese dan chocolate indulgence dekat pejal sempena besday dia..mata dah ngantuk, badan dan letih tapi gagah jugak la bawa kereta..tetiba kaki kiri aku macam krem jaa..adoi, macam keras dan sakit bila tekan clutch..syukur sampai jugak ke rumah even kaki aku sakit dan kebas...cabaran lagi..huhu..

Malam hujan lebat and seperti biasa bila dah hujan ni, astro pun down...so, terlepas tgk berita and decide update FB dan my blog sambil makan kek aku tadi...hehehe...tetiba hari ni jadi kaya sat sebab makan kek mahal..hahahahahaha....

Itu je laa coretan hari Isninku...penat sangat hari ini...dugaan sungguh:-)

Saturday, December 5, 2009

.:I'm BaCk...hahaha:.

Aihhh..lama tak update blog..emmm, cite pasai apa haa...ghaya haji dah lepas, terlepas nak update..tapi takpela, juz update sket2 je.

Ghaya haji tu my family bersyukur sgt sebab berjaya melunaskan janji kami nak korbankan seekor lembu..Alhamdulillah, syukur semua dah selamat..cuma abg aku ja yang takda time tu sebab temankan wife dia untuk bersalin anak kedua..Alhamdulillah, abg aku dianugerahkan puteri kedua, Amira Zara Binti Mohd Amirulfazli..bertambah la cucu mak dan abah aku..hahahaha..syukur lagi..

Rangkuman ghaya haji kali ini aku memang berjalan sungguh...berjalan2 kat penang ngan kawan pi Gurney Plaza dan Padang Kota Lama..tapi kebanyakan berjalan ngan sepupu aku yang agak gilo sket, Kak Cik dan Amin..memang kereta Persona aku tu takleh duk diam bila dah bawa balik kampung...hahahaha...kami banyak abiskan masa lepak tepi pantai...tenang jaaaaa...dah la story pasal ghaya haji ni..

So, sekarang dah masuk bulan 12, dah nak abis tahun 2009..Macam biasa finance akan bertambah busy bila dah time2 macam ni..semua nak kena settle for the year 2009..My on leave start 23hb sampai 27hb..tu pun ada balance lagi 9 hari cuti just carry forward ke 2010..18 - 20/12 ni nak kena pi Kelantan jalan2 dan attend kenduri my fren, Faizy..Skrg tgh plan apa yang patut ngan geng2..To Tengku, sorry ekk tak dapat attend kenduri sebab clash pulak..emmm, kalau ada private jet, boleh la fly anywhere dan kalau boleh nak attend semua kenduri time tu..tapi apakan daya, aku hanya ada dua tangan dan dua kaki sahaja...forgive me yaaaa...

Last but not least, just wish heppy weekend and enjoy YES - Year End Sale..tunggu gaji dulu 16/12 ni...hahahahaha..