Sunday, January 24, 2010

.:GeRaM - MaRaH - MenYiRaP:.

Marah aku bila baca dalam FB manusia bertopengkan binatang mengutuk TM secara terang-terangan...Yes, tak dinafikan semua ada masalah tetapi tak perlu la nak post terang-terangan dalam FB yang boleh memburukkan keadaan. Apa salahnya pegi buat complaint then inform apa yang berlaku...Menyirap sungguh bila rakan2 sendiri yang membuat kerja yang bagi aku kurang bermoral...Belajaq je tinggi2 tapi perangai macam haram jadah..

Take note untuk 2 orang 'syaitan' itu, your name aku dah take note, esok or bila2 aku akan distribute nama 2 ekor ini ke saluran yang betul untuk settlekan masalah tersebut..Even aku kerja Finance TM, tapi aku dapat rasakan semua kutukan itu seolah2 macam jatuh atas kepala aku sebab aku menjadi family TM...itu tanggungjawab aku untuk defend apa yang patut..

Pesanan buat kawan2 yang lain, jangan la secara terang terangan mengutuk sebaliknya berfikir dahulu sebelum post apa2...Kutuk memang boleh tapi biarlah bertempat dan guna saluran yang betul..

Aku memang marah hari ni...jgn bermain api dengan aku...

Thursday, January 21, 2010

.:12022010:.

hahahaha...konsert lagi...pagi tadi my fren settle buat payment for Konsert Satu Suara Aizat dan Faizal Tahir disamping penampilan istimewa Dato Siti Nurhaliza..

Harga tiket mahal sikit RM153, seat pun agak best sebab duduk depan...Event dekat Istana Budaya..adoi,tak sabaq la pulak...

Sabtu on 13/2/2010 tu balik penang terus then attend kenduri Mat Bek...emmmm...penat la nanti...

Tak sabaqqqqq nak balik Penaaaaaangggggggggg....yayyyyyyy!!!!!!!


Tuesday, January 19, 2010

.:DeMaM yAnG TaK DisAnGka2:.

Semalam after isyak,terus badan panas and lemah..terus off laptop, off FB dan off segala2nya, ambil selimut dan terus tido..Terjaga jugak la beberapa kali time tido tu...Biasalah, badan tak selesa, so tak nyenyak sangat tido..Ubat demam pun dah abis, so no more ubat..

Bangun terasa kebah sikit tapi still rasa macam tak ok..Gagah jugak la ke office, emmm as expected badan panas balik after aircond dibuka...Terus menyarung baju sejuk yang memang tersangkut kat kerusi aku ni...Mencabar jugak buat kerja time keadaan macam ni...Redha je la...Time nak turun pi klinik, my manager panggil sat bincang process flow. Dia pun tau aku tak larat gila babeng, just discuss sat je. Then dia suruh mc tapi aku macam malas la pulak sebab dah pukul 12 lebih. Macam rugi la pulak...Just lepak je la dekat ofis sambil buat flow chart. In case kalau tak larat jugak, aku nak tido je la kat meja aku ni...Nak balik tadi pun macam ok tak ok je sebab nak kena drive kan..so, bila tak sure leh drive ke tak, aku tekad cancel je la MC tu...huhu..takut jadi apa2 kat jalan pulak kang, susah pulak nanti...emmmm,dugaan sungguh hari selasa ini.

So, hari ni merupakan hari yang tak best bagi aku :-(

Saturday, January 16, 2010

.:BoSaN:.

Ingat nak jejakkan kaki ke pasar malam hari ni,time dah turun hujan pulak...malas nak patah balik ambil payung dalam kereta,then decide cancel je la...singgah kedai bawah beli ikan,bendi dan herba2..mula2 ingat nak masak sambal tumis,tapi berubah selera nak try masak gulai...great...thanks to my sis sebab bagi tips nak buat gulai tu...thanks again..hahahah:-)

Dinner malam ni nasi putih, gulai ikan dan bendi masak kicap...actually masak bendi goreng dulu,time nak tunggu gulai betul2 masak,aku meratah la bendi tu sampai tinggal sikit..wakakakakaka...sedap bangat...Gambar gulai ikan dan bendi goreng as per below:

~Dah tinggal sikit...Meratah...hahaha~

~Mana ikan???abis tenggelam kat bawah...pekat dan likat~

Wednesday, January 13, 2010

.:KeRjA YanG BerTeRuSaN:.

After balancing and closing for the year ended 2009 done, busy pulak with working instruction and process improvement project (PIP)..New KPI improvement for this year 2010..Should improve everything ie payment should be update in timely manner and process accordingly etc...

Hope all 2010 wishes will come true, InsyaAllah...Pray to Allah hopefully this year all achievement and performance should be better than last year, AMIN :-)

Sunday, January 3, 2010

.:AdA MaSa MaTA:.

Bila tgk Konsert Bagaikan Sakti DSN dan M Nasir, aku suka lagu dan lirik lagu ciptaan M Nasir yang DSN nyanyi...

Ada Masa Masa
Bukan Dengan Mata
Nak Menilai Rupa
Mana Cantik Molek dan Manis
Tetapi Itu Kerja Hati
Melihat Dari Pekerti
Ada Masa Mata
Dari Sisi Sama
Masih Tetap jua
Pandangan boleh berbaza
Asalkan saja hati
Sudi cuba memahami

Ada masa mata
Ada sahaja
Ada yang tidak kena
Cerewet mencari sempurna
Terlupa apa berharga

Ada masa mata
Ada ketika
Tak terlihat cela
Kerana hati sudah suka
Seperti jua aku
Bila mengenali dirimu

Jangan kunci
Pintu hati
Lepas pandang
Sebalik diri
Bila indah telah pudar
Atas apa kita berdiri

Time nak wat performance kat event mana2, nak bawa lagu ni lah..hahahaha

Monday, December 28, 2009

RaNgKuMAn CuTi2 AkU...

Rabu, 23/12/2009:

Tiket bas pukul 11 pagi, naik bas transnasional. Dalam bas macam biasa tidoq laaaa..Sampai B'worth dalam pukul 3 lebih..Then naik bas 52 turun Pokok Sena laaaa...Abah mai fetch kat depan..Sampai umah makan,solat dan rehat..aktiviti malam hanya di rumah sahaja..

Khamis, 24/12/2009:

Hari yang menyedihkan bagi aku sebab dapat tau kakak angkat aku meninggal sebab antibodi lemah..Patut la jumpa time raya macam ada yang tak kena..redha je la..Takziah to Diyana and family..sempat menjengah dari luaq je..

Petang, abah ajak pi amik kereta Exora kat Pacific..kereta kakak aku warna putih..lawa la jugak..check and belajaq apa yang patut then abah bawa kereta pi sumwhere...aku,hani and mirul balik naik kereta waja and terus ke Tesco Seberang Jaya. Belanja pakaian sekolah mirul dan belanja barang sket..Beli KFC then balik rumah..Aktiviti malam hanya di rumah saja..rehat dan tidoq awai..

Jumaat, 25/12/2009:

Krismas la pulak..Teringat ada keje opis nak kena siapkan..Komputer kat rumah tak leh on sebab over volt after tekan suis..so, untuk elakkan sebarang kejadian yang tak diingini, aku ambil keputusan pi umah Amin kat Sungai Dua buat gheja kat sana..Sempat update celcom credit card charges untuk bulan september ja..then aku dah malas..hahaha...solat jumaat ngan amin then bersiap bertolak ke Penang dengan Amin dan Kak cik..

Mula2 sampai Bukit Bendera, then kekecewaan melanda sebab tiket dijual untuk pukul 6.30 ptg nyer..hampeh tul laaa..so capture picture kat depan tu ja..Beli baju then bertolak terus ke Padang Kota Lama...Makan mee sotong + coconut shake...Bara sebab tunggu mee goreng siap hampir setengah jam..sungguh hare..sabaq2..Kak Cik makan ais kacang, sekali Amin yang abiskan..Kojaq tul..hahahaha..Pastu bertolak ke Jusco Perda singgah Courts, Kak Cik nak tgk laptop..Kekecewaan melanda sekali lagi sebab great promotion bulan 3 tahun depan..hangin satu badan..Aku pi buat redemption barang kat customer service..redeem 2 barang, abis 3500 points dalam kad jusco..

Malam pas maghrib bertolak ke Pacific ngan Amin dan Kak Cik sebab nak main boling ngan geng2 - Fik, Pian, Con, Nae, Jamal, Pak Chad dan Pak Lan..Naik Exora, yayyyyyy, best gila drive kereta baru..hahaha..sampai2 tgk2 bowling ada event pulak..hampeh tul..decide main kat Summit, BM..Main 2 games...leading untuk 2nd game..hahaha..160++ jatuhan pin..good..Balik pukul 11 lebih, makan2, solat dan tidoqqqqqqq...

Sabtu, 26/12/2009:

Teringat dah 5 tahun kejadian tsunami berlalu..aku teringat balik time tsunami jadi tu, aku ngan kawan2 biasiswa TM ada program kat Melaka..Pagi tu angin kuat gila babeng sampai nak terjatuh..tak sangka pulak angin kuat tu petanda tsunami nak mai..huhu..

Pi Kepala Batas ngan Amin dan Kak Cik cari kuah rojak Mak Bee dan rempah kari...singgah kedai mamak kat Bertam pelahap roti teluq dan roti sardin..After Zohor, ikut abah attend 2 kenduri...Petang after asar attend kenduri dengan family kat Sungai Petani...Kenyang sebab asyik kedarah ja hari ni...Malam pas maghrib bertolak ke umah Fik, fetch him dan teruih ke Summit, BM...Planning ngan tok wan aka tayar soton..hahaha..wife dia ada sekali tapi sporting ja..main 2 games, dua2 aku leading..hahahahaha...pastu bergerak ke Subaidah, makan2...then balik umah dalam pukul 12 tgh malam...solat dan tidoqqqqqq...

Ahad, 27/12/2009:

Packing barang and all that...suh mak masak gulai ikan guna rempah campuq yang beli semalam kat Kepala Batas tu..hahaha..sedappppp!!!!belajaq masak jugak..hahaha..after zohor, nak bertolak dahh..aku sedih sebab mak aku macam berat ja nak berpisah ngan cucu2 dia..aku teriak jugak...huaaaaaaaa...tgh drive pun duk teriak lagi...huhu..sedih..drive sampai simpang pulai, isi minyak dan abah ganti drive pulak sampai masuk KL..sampai KL pukui 7.30 malam, lepak2 kat umah kakak dulu, makan2 then abah hantaq sampai stesen LRT Taman Bahagia..sampai umah pukul 10 malam..solat,mandi,update FB sat then tidoqqqqq...esok dah ghejaaaaa... :-(